Ramadhan telah memasuki separuh masa kedua, entah telah di ampun atau tambah di benci oleh Allah Jalla wa’Ala dan segala amalan tertolak dek kerana riya di hati yang tiada siapa tahu, puasaku bakalan jadi sebagaimana sabdaan bagindakah? Berapa ramai yang puasa yang hanya mendapat tidak lebih dari lapar dan dahaga?..na’uzubillah..
Adakah aku benar-benar berpuasa? Atau sekadar tak makan dan minum sehinga maghrib? Puasa bulan tidur? Tidur orang berpuasa ibadaaaah jawab mereka.. ibadahkah tudur selepas subuh hingga azan zuhur yang menggerakkan kita? Sedang di malamnya lepak di kedai mamak, bersembang tak tentu hala sehingga jam 3 pagi, atau berchating, surf internet sehingga subuh? Ibadahkah yang sedemikian?( Ini belum di tambah sebut tentang kedhaifan hadith yang dijadikan hujah penidur itu lagi..)
Wahai sekalian pemuda! Berkahwinlah jika mampu! Jika tidak, berpuasalah! Sesungguhnya pada puasa itu ada penawar… kenapa puasa? Kenapa tak sembahyang ke, berzikir sampai nafsu jadi maintain ke? Tak pun pergi buat umrah ke.. Subhanallah.. agungnya pahala puasa kerana hanya Allah yang akan membalasinya, tiada siapa tahu kita menadah mulut di bawah shower ketika mandi.. mendongak ke langit ketika menunggang atau membonceng motor di kala hujan.. segalanya menjadi rahsia antara kita dengan Allah.. ya! Nafsu itu perlu dipuasakan sekali! Kerana itu antara yang membatalkan puasa bukan sekadar makan dan minum, tetapi bersetubuh juga membatalkan malah terbeban keatasnya kaffarah..
Saya dan kita perlu menghitung-hitung diri ini sebelum malik yaumuddin menghitungnya di akhirat kelak, hitungan yang sangat teliti, tiada satu pun amalan tercicir daripada disebut dan ditimbang, walau hanya sebesar biji sawi..
Ya Allah.. Aku memohon redha dan syurgamu.. Aku Memohon perlindungan dari kemarahan dan neraka mu.. sesungguhnya.. amat rugilah aku, malanglah aku..jika ramadhan berlalu, namun dosaku tak terampun..
Muhasabah pabila Diri Tersentak dari Lena yang Panjang!
13 tahun yang lalu
5 ulasan:
eh, betul kah hadis dhaif tentang tidur di bulan puasa adalah ibadah..sekadar pertanyaan(tak tahu ni)
moga kita semua beroleh rahmat Allah, keampunanNya dan pembebasan dari azab neraka yang menyeksakan....amin
to mahadir..
http://tanbihun.com/analisis/tidurnya-orang-puasa-adalah-ibadah/
wallahuta'ala a'lam... cuba buka link yang aku bagi di atas.. sekadar perkongsian.. rujuk semula senarai buku yang di berikan untuk kepastian dan bertanya kepada syeikh2 kau di syoubra.....
syukran atas pencerahan..dah baca artikel tu
salam ziarah...artikel baru...hehe
Catat Ulasan