Subscribe Twitter

Pages

Ahad, 21 Februari 2010

BERBAIK DENGAN SYIAH?

Seruan kesatuan ummat sering kedengaran, hentikan perbalahan antara mazhab, syiah dan ahli sunnah perlu bersatu, enak bunyinya, tetapi pada aku, hal tersebut boleh dikatakan mustahil, tidak mungkin ahli sunnah mampu berbaik dengan syiah.

Berbicara tentang syiah, benarkah syiah berusaha untuk merapatkan ikatan dengan ahli sunnah? ahli sunnah pula, ta'asub dengan mazhabnya, enggan berbaik dengan syiah. Adakah ini semua benar? jika anda membaca tulisan aku sebelum ini berkaitan hakikat syiah, bagaimana kita ingin berbaik dengan mereka, sedang sejarah kewujudan mereka sangat buruk, lahir dari perut Abdullah bin Saba'.

kata al-Imam at-Tabari :

"Telah berlaku pada hari Jumaat, 18 Zulhijjah tahun 35 hijrah, hari musibah terbesar dalam Islam, pembunuhan si Syahid yang dizalimi, Uthman zu an-nurain, Allah meninggikan martabatnya di dunia yang kekal abadi, pada hari tersebut, lahirnya syiah dari perut Ibn Saba', yahudi yang berpura-pura Islam,si hitam yang menzahirkan Islam dan berlakunya kejadian berdarah diatas tangannya " ( Tarikh at-Tabari jzk 4 ms 416 )

Kata Dr. Mustafa as-Sibaie :

Pada tahun 1953, aku menziarahi Abdul Hussain di rumahnya dan bersamanya beberapa ulama' syiah, kami berbicara tentang keperluah menyatukan kalimah antara syiah dan ahli sunnah, dan diantara mereka yang bersungguh-sungguh kearah matlamat tersebut, menziarahi para ulama dari kedua-dua kumpulan, mengeluarkan buku dan tulisan untuk menyeru kearah kesatuan tersebut, dan beliau_Abdul Hussain, begitu bersemangat untuk menjayakan matlamat tersebut dan percaya ianya akan berjaya, dianjurkan muktamar yang menghimpunkan ulama' sunni dan syi'i demi tujuan tersebut, aku sangat gembira dengan hal ini, namun selepas beberapa fatrah masa berlalu, aku terkejut, Abdul Hussain mengarang buku mencerca dan menghina Abu Hurairah r.a.

Aku begitu ta'ajub dengan pendirian beliau yang tidak menunjukkan langsung keinginannya kearah kesatuan ummah, dan sekarang aku melihat pendirian yang sama dari kumpulan syiah yang menyeru kearah kesatuan ummah, mereka menyeru, menyebarkan majalah di Qaherah, meminta ulama Azhar menulis untuk tujuan tersebut, kita tidak melihat kesan dari seruan tersebut, mereka terus berada diatas apa yang mereka tulis, mencerca, dusta dan mentohmah para sahabat r.a, seakan-akan maksud dakwah tersebut adalah mendekatkan ahli sunnah kepada mazhab syiah, bukannya mendekatkan antara dua mazhab satu sama lain.

Dan setiap kajian ilmiah didalam kitab sejarah as-sunnah, atau mazhab-mazhab islamiyyah yang tidak selari dengan sudut pandang syiah, ulama' mereka akan bangun, mengingkari kajian tersebut dan berselindung di sebalik seruan kesatuan, mendakwa kajian tersebut sebagai ta'asub, tetapi kitab seperti kitab Abdul Hussain Syarf ad-Din yang mencerca sebesar-besar sahabat, yang dipercayai periwayatan hadith-hadith daripadanya menurut ahli sunnah, tidak pula dipandang sebagai perbuatan yang mengingkari dan menyulitkan usaha kearah mendekatkan dua kumpulan ini, tidaklah aku sekadar membataskan kitab ini sahaja dalam hal ini, tetapi banyak lagi kitab yang dicetak di Iraq dan Iran yang mencela Aisyah r.a dan sekalian sahabat, yang tidak sanggup didengari oleh insan yang punya hati perut.. " ( Dr. Mustafa as-Sibaie : As-Sunnah wa Makanatuha fi Tasyri' al-Islamiy m.s 10 )

Demikian syiah, terus hidup dalam kepura-puraan, kata Muhibbudin al-Khatib,
" sesungguhnya taqiyyah adalah i'tiqad yang harus buat mereka, menyembunyikan i'tiqad mereka, menzahirkan keinginan untuk saling faham memahami, dekat mendekati, hakikatnya mereka tidak mahukan hal tersebut, tidak redha dengannya malah tidak berusaha pun kearah itu" (al-Khutut al-'Aridhah)


Sudut pandang syiah terhadap ahli sunnah.

Bagaimana kita ingin bersatu dengan mereka sedang kita ini dianggap najis. kata bapa reformasi Iran, al-Khomeini didalam bukunya Tahrir al-Wasilah, menganggap ahli sunnah sebagai najis.

Dizaman khalifah 'Abasiyyah, telah dilantik seorang syi'i sebagai menteri, akhirnya dia belot dan mengadakan perjanjian dengan Tartar untuk menjatuhkan daulah, ribuan umat islam disembelih di Baghdad, al-Khomeini memuji tindakan menteri tersebut didalam bukunya al-Hukumah al-Islamiyyah.

Syiah juga mendoakan sesiapa yang berselisih dengan mereka dengan seksaan.
kata al-'Amili dalam bukunya Wasail as-Syiah : "Jika mereka ingkar dengan kebenaran syiah, doakan kepada mereka, "Ya Allah,penuhi rongga mereka dengan api, qubur mereka dengan api, dan kuasai qubur mereka dengan ular dan kala jengking."

Syiah menganggap solat ahli sunnah sebagai batal, katanya :"meletakkan tangan kanan keatas tangan kiri membatalkan solat tetapi harus dengan taqiyyah " ( tahrir wasilah jzk 1 ms 186)

Solat bersama ahli sunnah juga batal, hatta perlunya seseorang itu mengulangi solatnya ( al-Tijani : Kullu al-Hulul 'inda ahl rasul , ms:160 )

Wahai saudaraku sekalian, masih adakah lagi ruang untuk bersama dengan mereka? Uthman al-Affan dituduh zina, Abu Bakr r.a dan Umar r.a dituduh kafir.. malah sekalian sahabat dianggap murtad selepas kewafatan bagindan s.a.w, kecuali sedikit.. Allahul musta'an.. wallahua'lam..

Selasa, 16 Februari 2010

HAKIKAT SYIAH.

Duduk sendirian di bilik sejak beberapa hari lalu memberi peluang aku membaca beberapa buku dalam pelbagai disiplin.

Dari yang berkaitan syariah, aqidah, sehinggalah ke buku masakan.. Namun apa yang paling aku teruja apabila menyelak beberapa buku berkaitan hakikat Syiah, bagaimana bermulanya mazhab yang sangat 'unik' ini, berkenalan dengan Abdullah bin Saba' yang dimana namanya tertulis dan tercatat didalam buku Sunni mahupun Syi'i.. Tidak pula terfikir untuk menaqalkan apa yang para ulama bahaskan tentang individu tersebut, cukup bagiku rasanya menyingkap apa yang beliau rancang dalam usaha memecah-belah perpaduan umat Islam dan beliaulah punca dan dalang pembunuhan Khalifah Uthman r.a. Berkali-kali aku membaca tentang pembunuhan yang menyayat hati ini, jika aku susah ingin menangis, kisah ini akan ku kenang..

Nabi s.a.w berasa sempit dadanya melihat keadaan masyarakat jahiliyyah yang penuh rencam perangai mereka yang jelas menunjukkan kebodohan pemikiran manusia dikala itu, baginda s.a.w bersendirian di Gua Hira’ memikirkan tentang keadaan masyarakatnya ketika itu yang dibina dengan semangat kesukuan dan kepuakan, merendah-rendahkan orang lain, judi, penzinaan, peperangan yang sangat mudah tercetus hasil semangat kepuakan yang menjahanamkan.

Hadirnya nabi s.a.w ditengah masyarakat setelah menerima wahyu mengubah segala-galanya,. Jika sebelumnya, bangsa Rom dan Parsi yang telah maju kehadapan ketika itu melihat bangsa Arab sebagai bangsa yang tiada nilai sedikit pun untuk dijajah, bangsa hina, bodoh pemikirannya, lintang-pukang sistem kehidupannya, sehinggakan bertawaf dalam keadaan bogel! Namun Allah s.w.t memuliakan mereka dengan Islam, bahasa mereka luas dipergunakan di seluruh pelusuk dunia, tamadun mereka memasuki buku-buku sejarah sehingga sekalian alam mengetahui tentang mereka, begitu Islam memuliakan manusia.

Kata Saidina Umar al-Khatab :“ Dahulunya kita adalah bangsa yang hina, kemudian Allah s.w.t memuliakan kita dengan Islam, jika kita ingin mencari kemulian yang selainnya(Islam), maka Allah s.w.t pasti akan menghina kita. ” ( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak ‘ala Sahihain )

Semangat ‘asabiyyah( kepuakan ) di hakis dan digantikan dengan semangat persaudaraan yang kukuh, semangat yang berpaksikan cinta Ilahi, bukan sogokan material keduniaan. Firman Alah s.w.t yang bermaksud :“ Dan ingatlah akan nikmat Allah keatas kamu, ketika kamu (di zaman jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hatimu, maka kalian, dengan nikmat Allah menjadi orang yang bersaudara.. Ali ‘Imran :103Firmannya lagi yang bermaksud : “ Dan Allah yang menyatukan hati mereka(orang yang beriman), walaupun kamu membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di muka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allahlah yang menyatukan hati-hati mereka. Al-Anfal : 63.

Setelah kewafatan nabi s.a.w, bermula lembaran persengketaan sesama muslim, sehinggalah ianya memuncak ketika Uthman al-‘Affan menjadi khalifah umat Islam, pelbagai fitnah dilemparkan oleh golongan syaitan manusia, fitnah munafiq yang dikepalai oleh Abdullah bin Saba’ demi memecah-belahkan kaum muslimin, perbalahan para sahabat diidamkan munafiq, gembira bukan kepalang mereka melihat kaum muslimin bersengketa, pembunuhan yang sangat terancang dilakukan keatas Saidina Uthman, disitulah titiknya tercetus peperangan Jamal antara tentera yang dikepalai Ali r.a berhadapan dengan tentera Aishah r.a, disusuli peperangan Siffin antara tentera Ali r.a dan Muawiyyah r.a, para sahabat yang terlibat dalam peperangan tersebut, semuanya merasakan mereka berada di kedudukan yang benar dan segalanya dilakukan demi membela darah si syahid Uthman al-Affan.

Ibn Umar menceritakan bahawa ketika nabi s.a.w sedang bercerita tentang fitnah, kemudian lalu dihadapan kami seorang lelaki, kemudian nabi s.a.w bersabda : “Suatu hari kelak, akan dibunuh lelaki yang sentiasa merasa cukup ini secara zalim.” Ibn Umar berkata, “aku melihat lelaki yang lalu itu ialah Uthman bin Affan.” ( Riwayat Tirmidzi dan al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi.). Kata-kata baginda s.a.w ini benar-benar berlaku keatas Uthman r.a, beliau dibunuh secara zalim, namun kekallah kemuliaannya disisi Allah sebagai seorang syahid. Beraneka fitnah dilontarkan demi memburukkan Uthman r.a, dituduh melakukan bid’ah mengumpulkan dan membukukan al-Quran, membakar mushaf yang lain, memukul ‘Ammar sehingga pecah ususnya, dipukul Ibn Mas’ud sehingga patah rusuknya, membatalkan sunnah mengqasarkan solat ketika musafir, tidak menyertai peperangan Badar, tewas dan lari dari medan Uhud, tidak hadir ketika perjanjian Bai’ah al-Ridhwan, dan pelbagai lagi, sehinggalah surat palsu ciptaan munafiq keparat yang disandarkan kepada Ali, Talhah, dan al-Zubair yang kononnya mengarahkan mereka untuk mencetuskan pemberontakan keatas beliau bahkan dibunuh jika enggan melepaskan jawatan khalifah kaum muslimin.

Semua fitnah tersebut adalah batil! Tuduhan yang tiada asal-usul, menyeleweng daripada cerita sebenar,entah bagaimana dan dimana diperolehi cerita beliau memukul Ibn Mas’ud dan ‘Ammar, jika benar sekalipun, bagaimana ‘Ammar masih boleh terus hidup ketika ususnya telah pecah?, beliau membersihkan mushaf yang lain adalah demi menjadikan ketidakcelaruan umat mentelaah al-Quran,maka disatukan dan kita menggelarnya sebagai mushaf Uthmani, hal pengumpulan al-Quran telah pun dilakukan di zaman pemerintahan Abu Bakar lagi setelah melihat ramainya huffaz al-Quran syahid dalam peperangan, bagaimana usaha murni sebegini dianggap bid’ah dan batil? Tidak disetainya Badar kerana dibawah jagaannya, anak baginda s.a.w, Ruqayyah yang sedang sakit, nabi s.a.w menyebut bahawa beliau medapat pahala mereka yang syahid di Badar, kekalahan dan larinya dari medan Uhud telah Allah ampuni, bagaimana mungkin ditimbulkan semula oleh mereka? Bai’ahnya diwakilkan dengan tangan rasul s.a.w ketika peristiwa bai’ah al-Ridhwan,ketidakhadirannya kerana diperintah oleh baginda s.a.w untuk mengawasi kota mekah.(riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Sahabat). Setelah semua hujah fitnah mereka dipatahkan, hasilnya, satu surat palsu yang disandarkan kepada Ali bin Abu Thalib, jatuhkan Uthman! Cetuskan pemberontakan! Perangai yang sungguh keji dan syaitan ditunjukkan oleh munafiq, padanlah Allah menjanjikan mereka dengan neraka yang paling bawah!“Sesungguhnya orang munafiq itu ditempatkan di neraka yang paling bawah( paling dahsyat azabnya) maka kamu sekali-kali tidak akan mendapati penolong bagi mereka.”( al-Nisa’ : 145).

Bagaimana seorang insan yang dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w boleh difitnah sedemikian teruk, telah disebut ketika hayat baginda s.a.w, bahawa beliau akan mati sebagai seorang syahid. Sabda Nabi s.a.w ketika baginda berada diatas bukit Uhud bersama dengan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, tiba-tiba Uhud bergegar, sabdanya,“Tetaplah wahai Uhud!( berhenti dari bergoncang) sesungguhnya diatas engkau seorang nabi, seorang yang membenarkan dan dua orang syahid.”

Kata Ibn Hajar al-Asqolani ketika menceritakan tentang Uthman didalam kitabnya, al-Isobah:“ Sesungguhnya telah datang riwayat yang mutawatir bahawa nabi s.a.w memberi khabar gembira kepada Uthman dengan syurga..”Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah: “ adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?”( Sahih Muslim).

Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummahZaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : “ sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu,” mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah!” namun Uthman menolaknya, katanya, “ aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).”(riwayat Ibn ‘Asakir)

Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh ‘Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

“Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ”

Demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah.

Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak.. Bergelap dunia Islam tanpa khalifah,akhirnya Ali bin Abu Thalib diangkat menjadi khalifah menggantikan Uthman, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dalam keadaan yang sangat susah, ketika pemberontak bersenang-lenang ditengah masyarakat muslim. Fitnah tersebar Ummu al-mu’minin, Aishah, yang berada di Makkah menjadi gundah-gulana dengan hal yang menimpa dunia Islam, beliau merasakan perlu melakukan sesuatu demi menebus darah khalifah yang ditumpahkan secara zalim ,dikumpulkan kekuatan tentera, turut bersamanya dua orang sahabat yang turut dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w, al-Zubair ibn ‘Awwam, dan Talhah ibn ‘Ubaidillah, mereka mara menuju ke kota Basrah, bukan untuk menafikan pemerintahan Ali, tetapi dengan maksud yang satu, iaitu mencari kesepakatan dengan kepimpinan Ali untuk membela darah Uthman.Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai, mereka tidur dan berehat dengan keadaan yang sangat tenang pada malam setelah kesepakatan tercapai, pemberontak yang turut berada di dalam tentera Ali sudah merasa tidak senang dengan kesepakatan tersebut, ini kerana ia membawa maksud, tidak lama lagi, pedang-pedang kebenaran akan dihalakan ke tengkuk mereka pula,akhirnya kesepakatan itu dicemari lagi oleh keparat munafiq yang menyerang secara sembunyi tentera ‘Aishah dan juga tentera ‘Ali, sehingga ‘Aishah menyangka ‘Ali belot! Mereka menyerang kita di waktu malam! ‘Ali juga menyangka sedemikian keatas ‘Aishah! ( al-Bidayah wa al-Nihayah: Ibn Kathir)Tercetuslah peperangan yang dinamai sebagai peperangan Jamal antara tentera Aishah dan tentera Ali, kedua-dua pihak berasa sedih dan sesak dada mereka dengan hal yang berlaku ini, kaum munafiqin bergembira bertepuk tangan, Talhah gugur syahid dalam peperangan ini, Ali menangisinya,di sapu wajah Talhah yang dipenuhi tanah.. “Alangkah bagusnya jika aku mati dua puluh tahun dahulu sebelum berlakunya hal ini” kata Ali.. ( al-Awasim min al-Qawasim, tahqiq Muhibbudin al-Khatib) di merata tempat.Kesan fitnah pembunuhan ‘Uthman ini berentetan sehingga tercetusnya pula peperangan Siffin antara tentera Ali dan Mu’awiyyah, yang merupakan gabenor Syam yang sangat berwibawa, beliau dilantik ketika pemerintahan Uthman. ‘Ali menuntut bai’ah-janji setia-ke atas pemerintahannya dari Mu’awiyyah, namun beliau enggan memberikan bai’ah sehingga darah ‘Uthman dibela, bunuh dahulu pembunuh Uthman! Atau serahkan sahaja tengkok pemberontak itu kepada kami! Bukan Ali tidak berusaha mencari dan menegakkan hukuman keatas pembunuhan Uthman, tetapi kerana bukti yang sangat kurang kerana penjahat sebenar sangat pandai berselindung bertopengkan muslim,kemungkinan yang berlaku apabila bunuh seorang pencetus kekacauan, tiada lagi jalan untuk menutup fitnah, ditakuti tersalah menjatuhkan hukuman, maka kekacauan yang lebih besar didalam dunia Islam akan berlaku dan tidak mampu lagi dibendung, hal ini hampir sahaja berjaya dilakukan, namun, akibat tercetusnya peperangan Jamal yang dicetuskan oleh pemberontak yang bersembunyi di dalam tentera Ali, menyebabkan kesukaran untuk dihadapkan penjahat sebenar ke muka pengadilan.Hasilnya tercetuslah peperangan antara dua pasukan tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, masing-masing merasakan mereka berada dikedudukan yang benar demi menuntut bela keatas darah Uthman. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengelakkan tercetusnya peperangan, mereka berdua adalah dari kalangan sahabat baginda s.a.w. Namun alangkah sedihnya hari ini kedengaran suara sumbang mereka yang cuba mencemari sejarah Islam, mentohmah para sahabat, mencaci Mu’awiyah yang enggan berbai’ah kepada Ali, sehinggakan berperang dengan kepimpinan Ali, sedang nabi s.a.w melarang daripada mencaci para sahabatnya! Sabdanya,“ Jangan kamu mencaci para sahabatku! Demi jiwaku yang berada di tangan Allah, walaupun kamu membelanjakan harta di jalan Allah emas sebesar bukit uhud sekalipun, nescaya tidak sama dengan seorang pun daripada mereka atau separuh sekalipun” Hari ini banyak kedengaran suara sumbang golongan yang merendah-rendahkan sekalian sahabat yang diredhai oleh Allah. Sedang perbalahan mereka para sahabat adalah atas dasar ijtihad, mereka tetap digelari sebagai mukmin. Firman Allah :“jika ada dua kelompok dari kaum mukminin bertelagah, maka damaikanlah keduanya dengan adil dan saksama, sesungguhnya Allah sangat suka orang yang adil” al-Hujurat :9Para ulama’ ada yang menyatakan kedua-dua mereka berada dikedudukan yang betul, ada yang menyatakan Ali berada dikedudukan yang betul dan Mu’awiyyah tersalah ijtihad didalam hal ini, sebahagian ulama’ pula menyebut bahawa mereka yang tidak terbabit langsung didalam peperangan ini adalah yang paling betul.( Minhaj Sunnah : Ibn Taimiyyah )Walaubagaimanapun, kekallah kemuliaan para sahabat disisi Allah, mereka bertelagah, namun dihati mereka sesak dengan hal yang ditelagahkan, jiwa mereka saling mencintai.

Pelbagai tohmahan kedengaran sehingga hari ini, perdamaian yang dicapai antara Ali dan mu’awiyyah dalam peristiwa tahkim dingkari, timbul pula satu puak yang tidak berpuas hati dengan perdamaian tersebut, berpecah mereka yang tidak berpuas hati itu menubuhkan satu puak baru yang digelari sebagai khawarij, habis sekalian sahabat dikafirkanSabda nabi s.a.w : “ orang yang dibunuh dan membunuh, kedua-duanya didalam neraka,” sahabat bertanya, “orang yang membunuh didalam neraka, bagaimana orang yang dibunuh juga dimasukkan ke nereka?” sabda nabi, “ sesungguhnya dia juga berusaha untuk membunuh saudaranya”( sahih bukhari)Mereka menganggap kedua-dua puak mukmin yang bertelagah dimasukkan kedalam neraka, sesungguhnya ini adalah kefahaman yang batil! Menta’wil nas secara batil,Bagaimana Ali dan Aishah boleh dikatakan akan dihumban ke neraka kerana berperang di peperangan Jamal? Bagaimana Ali dan Mu’awiyyah ingin dikatakan akan dicampak kedalam neraka kerana bersengketa di peperangan Siffin? Sedang mereka telah dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w? kerana itu para ulama menyatakan dosa perbalahan mereka dibebankan keatas bahu pencetus huru-hara. Kepalanya Abdullah bin Saba’!

ketahuilah wahai saudaraku, mereka para sahabat saling mencintai antara satu sama lain, tidak pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk bersengketa, lebih lagi berbunuhan! Mereka tidak termasuk didalam hadith yang dinyatakan diatas tadi!Demikian kucar-kacir dunia Islam ketika itu, semuanya bermula dari pembunuhan Uthman, beliau tidak bersalah, beliau dizalimi, porak-peranda kaum muslimin. Semoga ini menjadi iktibar kepada kita, sentiasalah kita mencintai dan menyayangi sekalian sahabat, berimanlah kita dengan firman Allah : “ wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita perkhabaran dari orang fasik, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa kamu mengetahui keadaannya yang sebenar, menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan itu”( al-Hujurat :6 )

Demikian sejarah Syiah.. Bagaimana kita ingin berbaik dengan mereka, mereka punya i'tiqad bohong, berpura-pura( Taqiah), cuti kali ini barangkali menjadi titik permulaan aku mengkaji lebih mendalam tentang syiah..wallahua'lam..

Isnin, 15 Februari 2010

Hira', Thaur dan Thaif

Alhamdulillah aku berjaya menjejakkan kaki di tempat pertama wahyu diturunkan beberapa hari lepas, 'ibrah yang menusuk dan menyusuk kalbu ketika berada di Gua Hira', selepas itu, terus sahaja bergerak ke Gua Thaur, yang menjadi tempat persembunyian baginda s.a.w dan Abu Bakar al-Siddiq ketika peristiwa hijrah umat Islam ke Madinah.

Penat mendaki, malamnya terlentang keletihan, perjalanan aku dari Riyadh ke kota Makkah kali ini bersama dengan Prof. Madya Dr. Habibollah bin Haron, Ja'a dan anak prof, Firdaus.

Keesokannya kami bergerak ke Thaif sebelum berangkat pulang ke Riyadh, hampir separuh hari kami mencari tempat dimana sejarah mencatatkan baginda s.a.w dilontar batu oleh penduduk Thaif, dan kisah anak muda pertama di Thaif yang menerima Islam, iaitu 'Addas.

Penduduk Thaif enggan memberi kerjasama mahupun memberi maklumat tentang kawasan dimana sejarah itu berlaku, tiada apa yang ingin dihairankan, mereka enggan memberi maklumat kerana malu dengan apa yang mereka lakukan terhadap utusan Allah yang mulia itu, walaupun kisah itu telah berlalu lebih 1400 tahun, mereka masih terkesan dengan apa yang telah mereka lakukan. akhirnya kami berjaya mendapatkan maklumat tentang kawasan tersebut melalui seorang ahli Madinah, sebelum kami berpisah dengan pakcik tersebut, beliau sempat berkata yang dia bukan ahli Thaif.. jadi sekali lagi tidak hairan, beliau membantu kami untuk mencari kawasan tersebut, Akhirnya kami berjaya sampai ke kawasan dimana baginda s.a.w dilontar, dan kebun anggur tempat baginda melepas lelah dan mengelak daripada terus dilontar. Dan disitulah pemuda yang bernama 'Addas, beliau adalah pemuda Nasrani yang berasal dari kaum Nabi Allah Yunus bin Mata, memeluk Islam.

Insyaallah aku akan memasukkan gambar sepanjang rehlah kami berempat, sebagai i'tibar buat diriku sendiri..Wallahua'lam..

Isnin, 8 Februari 2010

Dimuliakan dan Bercahaya

Bercahaya Dan Dimuliakan.
Boleh jadi, bukan suatu pengalaman yang menarik amat untuk dikongsi. Namun aku berharap ianya kekal diingatanku, agar ada teladan hidup yang dapat ku cedok tatkala kealpalan menguasai diri, hidup bertemankan suram dan gundah gulana. Tetapi hanya bisa bercerita, gambarnya tiada kerana ku tak punya kamera..

Perjalanan dari Riyadh ke kota Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, menaiki bas yang dipenuhi rakyat IPB (India, Pakistan, Bangladesh ), yang bekerja di bumi Riyadh, terdetik dihatiku, Allah, betapa mewahnya hidupku di bumimu ini berbanding mereka. Kebanyakan mereka bekerja di sektok pembinaan, penyapu sampah, atau berniaga kecil-kecilan. Mencari sesuap nasi, menyusuri kehidupan di bumi sementara, gaji secara purata,+-500 Saudi Riyal(RS), terkejut aku mendengarnya, biasiswa yang aku perolehi menuntut di Imam University jauh lebih banyak, namun lebih baik daripada terus berada di negara mereka, menganggur tiada kerja, satu sen pun tak dapat..

Kami dari Imam University, berlima, aku dan Ja’a (kami orang Malaysia ye), Abu Bakr ( Tanzania ), Bilal (Cameroon ) dan Abd Rahman ( tak ingat dari mana ). Dengan tambang bas semurah, RS 70 (tambang bas serta penginapan ), kami berangkat dari stesen bas di Batha’, jam 4 petang, Alhamdulillah, pada jam 2 pagi keesokannya kami sampai di Masjid Nabawi, perjalanan merentasi padang pasir berjarak lebih kurang 800 km, benar-benar meletihkan.

Pengalaman kali pertama menaiki bas dari Riyadh ke Makkah pada awal Zulhijjah lalu untuk menunaikan haji.. Bukan beerti haji itu tiada erti, bukan beerti perjalanan untuk melaksanakan haji itu kosong dan sekadar jalan-jalan, ia adalah suatu perjalanan, bukannya jalan-jalan. Tak terdetik ketika itu untuk menulis sebagai peringatan untuk diriku sendiri, betapa ramai yang berkorban untuk menjejakkan kaki di bumi bercahaya dan bumi yang dimuliakan.

Aku bersyukur Allah memilih aku sebagai tetamunya di musim haji yang lepas, Allah memakbulkan doaku ketika di Sudan, aku nekad untuk mengumpul duit demi melaksanakan ibadah agung ini, ketika itu aku dipersimpangan, berdikit-dikit mengumpul wang untuk berkahwin ataupun haji diutamakan, akhirnya aku membekukan hasrat berkahwin dan haji diutamakan. Tak disangka-sangka, aku diterima menyambung pengajian di al-Imam University, Riyadh, pada sesi pengambilan lepas, kira-kira sebulan sebelum Zulhijjah membuka tirai. Setelah beroleh residence permit, terus sahaja aku mendaftar untuk menunaikan haji dengan jemaah di bawah universiti, (tanpa membayar seriyal pun, semuanya ditanggung universiti ). Subhanallah, rezeki yang sangat besar dan bermakna. Menunaikan haji pun dapat, berdikit-dikit mengumpul kewangan untuk baitul muslim yang ingin didirikan juga dapat.

Berjalan dan jalan-jalan.


Berjalan beerti kita melakukan sesuatu perjalanan dengan maksud tertentu, bermakna, kita punya matlamat. manakala berjalan-jalan pula, kita sekadar berjalan, mengisi masa lapang, berbosan-bosan di rumah, maka kita pun berbasi-basi di jalanan. Perjalanan tanpa tujuan adalah sesuatu yang merugikan.

Maqam baginda s.a.w.

Jauh pulak perginya mengenangkan musim haji lepas, cerita semula al-kisah setelah sampai di Madinah kira-kira jam 2 pagi, ketika itu raudhah telah pun sesak dengan manusia, merenung ‘ibrah, menitis air mata dihadapan maqam baginda s.a.w. Pertama kali aku sampai di Masjid Bagida s.a.w, meremang bulu roma tatkala berada dihadapan kuburnya, seakan ada suatu perasaan yang sukar diterjemahkan denagan kata-kata mahupun tulisan.

Allah..kadang-kadang tu, mungkin juga selalu, lisan menutur bicara, “aku mencintai baginda s.a.w ,“ tapi sunnahnya dipandang enteng, kolot katanya siapa yang mengikut sunnah. Tahunya marah ketika baginda s.a.w dicerca, divisualkan dengan karikatur menghina, selepas surut cercaan, kita pun surut, cinta dan marah berkala, marah kerana apa pun tak tahu, orang marah, kita pun marah, orang bilang cinta,kita pun bilang cinta, siapa baginda s.a.w, entah, aku pun tak tahu.. seperkara lagi, aku tidak berhasrat untuk komen tentang mereka yang berdoa menghadap kubur baginda s.a.w, sedang baginda mengajar umatnya berdoa menghadap qiblat.

Perkuburan baqi’


Seusai subuh dan solat jenazah, terus aku menuju ke perkuburan Baqi’, yang dikatakan terdapat lebih 3000 kubur para sahabat, sekali lagi cuba merenung ‘ibrah dan teladan agar diri ini sentiasa ingat, yang suatu detik kelak, atau mungkin sekejap lagi, aku juga akan mati.. Ah.. para sahabat itu, Allah s.w.t meredhai mereka, bagaimana pula aku, mengharap redha Allah, tetapi nafsu jahat menunggangi diri. Alahai.. kenapa lah diri ini tak suka kepada nikmat akhirat, mengutamakan nikmat dunia yang menipu, tidur itu lazat serta nikmatnya sementara, solat malam itu dibenci nafsu, tetapi lazat dan nikmatnya berkekalan di dunia kekal abadi.. salam sejahtera wahai ahli kubur, kalian mendahului kami dan insyaAllah kami akan menikuti kamu kelak.. Ampunkan daku wahai Allah, ampunkan ibu bapaku, ahli keluargaku..

Bahasa melayu bahasa termasyhur


Keluar tanah perkuburan, perut berkeroncong, menyanyi meminta diisi, kongsi duit dengan ja’a, menjamah roti dicicah dengan daging kambing. Senang betul urusan jual beli di Madinah mahupun Makkah, majoriti peniaga( majoritinya non Saudi, boleh jadi pemilik kedai adalah orang Saudi ), tahu berbahasa melayu, “apa khabar? Mahu apa? Kari kambing? Mari-mari, murah saja, jubah, kopiah..” mungkin kerana yang hebat berbelanja di dua tanah haram ini, datangnya dari Kepulauan Melayu. Sehinggakan jika aku memasuki satu-satu kedai, terus sahaja aku akan bertanya dalam bahasa melayu, “apa khabar pakcik, jubah ni berapa, murah sikit la pakcik..” haha..kerna aku yakin, peniaga tu faham..

Bergerak sendirian.

Setelah itu, aku berpecah dengan rombongan kami, bas membawa rombongan untuk menziarahi beberapa tempat di Madinah, seperti Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, dan Bukit Uhud, kemudian terus bergerak ke Makkah yang berjarak kira-kira 450 km,(bayangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat berhijrah, kita la ni dah ada bas, kapal terbang..) aku memilih untuk terus berada di Madinah sehingga malam untuk mengikuti program bersama ikhwah dari Universiti Islam Madinah(UIM).

Hanya sempat ke Quba’ dan Qiblatain, selepas zohor, sahabat aku di UIM, Abdul Salam menjemput aku di Masjid Nabawi untuk ke UIM. usai program kira-kira jam 11 malam, beliau terus bergegas menghantar aku ke stesen bas Saptco, untuk ke Makkah, aku membeli tiket untuk menaiki bas terakhir pada jam 1 pagi. Malam kedua aku tidur diatas kerusi bas, ah, esok satu hari lagi tidur atas bas, untuk perjalanan pulang dari Makkah ke kota Riyadh yang dipisahkan dengan jarak kira-kira 1000 km. Bukan aku yang memilih untuk bermusafir terkejar-kejar begini, tetapi komitmen di Riyadh menghimpit aku untuk berbuat demikian. Kira-kira jam 5.30 pagi, bas berhenti untuk solat subuh, majoriti penumpang sudah berihram Umrah, mungkin aku sorang je kot yang tidak mengenakan pakaian ihram, kain ihram aku ditinggalkan di beg Ja’a. Turun dari bas untuk solat subuh, aku dah tak boleh berjalan betul dah.. terkengkang-kengkang dan terhuyung hayang macam itik pulang petang, menggigil kesejukan, solat terketar-ketar..

Travel agency, pemandu dan penumpang.

Jam 7 pagi, aku sampai di Makkah, Ja’a menjemput aku untuk ke rumah tumpangan kami yang siap dipakejkan dalam harga RS70 kepada travel agency yang menguruskan perjalanan kami. Murah kan? Tapi bas dan penginapan tanpa bintang la, Cuma pemandunya dan penumpangnya sahaja yang mumtaz pada penilaian aku..hehe, pemandunya tiada lesen, tapi boleh lepas semua sekatan polis dengan selamat tanpa saman..tak ingat aku namanya, tapi beliau sangat mesra dengan kami, pelajar. Umurnya muda lagi sebaya kami barangkali. Bercerita pula tentang penumpang yang majoriti dari IBM, sangat friendly dan happening, bercerita dan berbual dengan ‘bahasa arab batha’, bukan ‘ammiyah Saudi, mahupun fusha(kata mereka ni kalam madrasah).

Antara yang best, “ sadiq, moya barrah”( kawan, air keluar)maksudnya dia nak kencing. Kemudian ketika kami berbual dengan pemandu yang sudah tidak bersekolah,umurnya boleh jadi masih belasan tahun atau awal 20 an, seorang warga bangla yang sangat ramah dan lawak ni kata (beliau marah dengan pemandu yang malas belajar ni),Ana iji hina syughul, ma fi madrasah,lau ana ma iji, ana madrasah hinak, fi Bangladesh, anta, madrasah maujud hina, mafi madrasah, kaslan,naum kasir,fulus ma iji”( aku datang Saudi, kerja, bukan untuk belajar, kalau aku tak datang sini, aku belajar kat Negara aku. kau, sekolah ada kat sini, tapi tak sekolah, malas, tidur banyak, duit tak datang).

Hantam saja lah kawan, yang penting maklumat hasil pebualan tu sampai, betul atau tak susunan bahasa(langsung tak betul) belakang kira. Bohot-bohot (banyak[urdu]) yang aku dapat dari mereka, pengajaran dan pengalaman dari kehidupan mereka yang susah.

Baitullah al-‘Atiq.

Rindunya dengan rumah Allah ni, mungkin bagi sahabat-sahabatku yang belajar di Makkah mahupun Madinah sudah biasa dan dengan dua tanah haram ini, tapi bagi aku yang berada di Riyadh ni, hanya mampu sekali-sekala saja lah untuk mengunjungi dua tanah haram yang bercahaya dan dimuliakan. Dan lebih lagilah rindu dan kepinginnya mereka yang berada di luar Arab Saudi, untuk berada di bumi terbitnya Islam dan bumi hijrah Baginda s.a.w. ni. Dan sekali lagi, pastilah penilaiannya di sisi Allah itu berbeza, mengikut kesungguhan, kewangan dan keletihan yang kita korbankan.

Kata bagida s.a.w :
ان لك من الأجرعلى قدر نصبك ونفقتك
Maksudnya : sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kadar keletihan dan belanja yan kamu keluarkan ( riwayat al-Daruqutni dan al-Hakim)

Zahir hadith ni menunjukkan pahala dan ganjaran bertambah bersesuaian dengan apa yang kita korbankan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Maka mereka yang di Malaysia, Togo, Brazil, yang berdikit dan berjimat mengumpul duit untuk mengunjungi dua tanah haram ini, pastilah lebih besar ganjarannya disisi Allah berbanding mereka yang sedia ada berada di makkah mahupun Madinah. Wallahua’lam..

Sampai sahaja di Makkah pagi itu, aku sudah kehabisan tenaga, jalan macam itik, sehingga ditegur seorang pemuda makkah berhampiran Ummul Qura University. “hahaha..tamsyi bi syakli battah” ( kau berjalan macam itik),gelaknya melihat caraku berjalan, ye la, ketinggian aku mencecah 180 cm, duduk dan tidur dikerusi bas yang keras, dua malam berturut-turut(esok tambah sehari lagi). Kejang habis kaki dan badan.

Akhirnya aku tewas dengan keletihan, Ja’a tak bawa aku terus ke tempat penginapan kami, sebaliknya terus ke rumah Persatuan Pelajar Malaysia Makkah, bersama dengan Pok syeh, Apit, Acap dan Loqman. Sampai-sampai je, aku terus terbongkang keletihan, tak larat rasanya nak buat umrah. Tidur sehingga jam 10 pagi, mungkin tak sempat untuk aku melaksanakan umrah, jika sempat pun, pasti dalam keadaan tergesa-gesa. Kami mengisi perut di restoran Malaysia yang terletak berhampiran Masjid al-Haram. Bersiap menunaikan solat Jumaat, usai solat, perlu terus mengemas barang untuk terus pulang ke Riyadh. Allah.. tak sempat kali ini, moga ada peluang dikemudian hari getusku.. sampai dengan selamatnya di Riyadh lebih kurang jam 3.30 pagi.
Alhamdulillah getusanku dimakbulkan Allah, Dr. Habibollah, Pensyarah dari Malaysia yang mengajar di kuliah sains computer, Imam University, mengajak aku dan Ja’a untuk bermusafir ke Makkah selepas maghrib ini menaiki keretanya untuk tujuan Umrah, Alhamdulillah..

Demikian perjalananku sepanjang 3 hari serba sedikit demi meraih redha Allah.. Semoga ia menjadi kaffarah dosaku yang bertimbun..

Rabu, 3 Februari 2010

Hindari ' SUFI '

Entah bagaimana ingin aku aku mulakan, berat tangan ingin menaip aksara membongkar kealpaan, kian jauh dari agama yang tulen, aku yakin kecaman pasti akan datang bertubi-tubi, kebencian pasti menguasai hati, tetapi aku mesti membulat tekad, menulis tentang ini, bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diriku sendiri, tekad menjadi hamba yang sedar kedudukan dan martabat sebagai hamba, bukan berpewatakan lagak tuan, menongkah bongkak menyusuri kehidupan, "dunia ini, ana yang punya ."
aku menasihati nafsuku, agar hidari SUFI, kelak kau tidak melihat keindahan Islam, lewat solat kau dibuatnya, kerana banyak berfantasi lagak si bodoh yang kebingungan, hiduplah kau dalam realiti, jangan terpacak dihadapan skrin yang membohong dan berdusta. Menangis menonton adegan sedih, terbahak-bahak melihat kelucuan spastik, geram dengan lagat pelakon yang hakikatnya dirancang untuk menipu dan melekakan engkau. Demikian mereka yang hanyut dengan SUFI ( suka filem ).
Tak dinafikan adanya filem yang bagus untuk ditonton, namun, sampahnya lebih banyak.. Jangan pula ada yang mencaci aku kerana membenci SUFI (suka filem ), kerana aku mencintai sufi yang sebenar-benar sufi, yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai tunjangnya menyelusuri badai dan fitnah kehidupan..