Subscribe Twitter

Pages

Sabtu, 8 Januari 2011

Debu di Kaca Mata...


Tahun yang kedua berada di bumi Riyadh, dua tahun lalu, aku berada di Sudan, bumi yang buatku mengalirkan air mata terkenang tentangnya, masih ada lagi kesan debunya di bingkai kaca mataku..

Tika aku memilih untuk meninggalkan USIM, ramai yang marah dan pelik dengan tindakanku, kata mak.. " orang lain bersusah payah nk dapat tempat ke universiti, kau senang-senang nak berrhenti"

Tiga tahun sebelum itu, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UM, juga dibiarkan berlalu, puas mak memujuk untukku menerima tawaran tersebut..ayah marah-marah padaku, aku tahu mereka berharap untukku melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut..



Antara pelajar Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan

Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh


Selepas meninggalkan USIM, aku memilih Sudan, masih kuat diingatanku, ketika hendak pergi membeli tiket, aku dan mak menangis bersama, mak menangis untukku mengubah fikiran dari berkelana dibumi yang terkenal dengan pergolakan, barangkali itulah yang buat mak gusar untuk melepaskanku..bayangkanlah akulah satu-satunya anak mak yang membesar didepan matanya sehingga berjanggut bermisai, abang-abang yang lain, semuanya bersekolah asrama, jarang berada dirumah, membesar disekolah, berbanding aku, anak emak...

Jika mak menangis agar aku mengubah fikiran, aku pula menangis memujuk emak untuk mengizinkanku, sedang jihad peperangan juga memerlukan izin dari ibu dan ayah.. akhirnya mak mengizinkan aku melangkah mengejar impian.. tapi aku tahu itu satu keputusan yang sangat berat buat mak..

Sentiasa rindu ibu pada anak-anaknya mengatasi ingatan anak-anak pada seorang ibu..

Bukan seorang yang pelik dengan keputusanku berkelana dibumi Sudan, tetapi itulah yang Allah tunjuki buatku pada waktu itu.. setibanya di Sudan, aku pula yang jadi pelik melihat ikhwan akhawat dari Malaysia sekalian, kuat dan tabahnya mereka..

Rezekiku di Sudan tak lama..satu demi satu ujian menimpa, boleh jadi itu sebab mak berat melepaskanku, tapi, semua kesusahan itu, mematangkan aku.. aku tetap ketawa dan gembira kerana memiliki sahabat-sahabat yang hebat..

Pernah satu malam di Sudan, perutku bermain seruling..kelaparan mencucuk, duit dah tak ada, tiba-tiba seorang sahabat dapat membaca riak wajahku, " nah sabiq, amik duit ni beli maggi dengan telur, masak untuk aku sekali ea.." aku tahu duit dia pun entah tinggal berapa junaih je pun di poketnya.. tapi kami susah bersama..terima kasih ayyuhal ikhwah akhawat....

Sudan oh Sudan..terima kasih ya Allah..mengenalkanku dengan bumimu ini...

Tika mengetahui aku diterima melanjutkan pelajaran di al-Imam Universiti, Riyadh, aku melonjak keriangan, memanjat kesyukuran, seolah-olah, itulah jalan keluar segala masalah yang kuhadapi di bumi Sudan,..

Hmm..susahnya hidup di Sudan, mewah dan manjanya hidup di Riyadh... susahnya di Sudan, ada didikannya, ada ibrahnya,,, senang di Riyadh, semoga ada juga didikan dan insafnya.. semoga Allah jadikan kita hamba yang berfikir tentang ayat-ayatnya... ayat-ayat yang dibaca(al-Quran) dan ayat-ayat yang dilihat(alam semesta)..

Mak...ayah....rehlahku ini, mengajarku untuk lebih menghargai, menyayangi mak dan ayah..terima kasih kerana sudi melahirkanku dan membesarkanku..

Allah..bantulah aku untuk berbakti pada ibu dan ayah... Jauhilah aku dari tipu daya syaitan yang inginkan aku menderhakai mereka....

4 ulasan:

`` Unnie Awesome `` berkata...

jauh perjalanan luas pemandangan

Unknown berkata...

salam, tumpang tanya, ana ada nak isi borang ummul qura, tapi kena letak nama mahram, kalau riyadh kena ada mahram juga ka? harap dapat membantu..

sabiq berkata...

wslm..ye..saudari memerlukan mahram utk melanjutkan pelajaran dimana-mana universiti di arab saudi..ada x saudara mara yang mahram yang menetap di saudi arabia? jika x de..kemungkinan permohonan x diterima, visa juga tidak dikeluarkan...

izan berkata...

assalamualaikum..

saya memohon keizinan meletakkan adverisment saya di blog tuan..mohon maaf kiranya mengganggu..
GURU AGAMA WANITA DIPERLUKAN SELURUH NEGARA TERUTAMA SELANGOR/KUALA LUMPUR /PUTRAJAYA..PANAS!
.Bagi yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar dan melayakkan diri untuk hadir kursus dalam masa terdekat ini boleh membuat permohonan sebelum 20/02/2011.

hubungi En. izan di talian 014-2249961 untuk maklumat lanjut .

sila aktifkan keahlian anda dgn membuat bayaran sbyk RM 350 dgn segera @ kita boleh berbincang . hanya kepada yg sudah mengaktiifkan keahlian akan di hubungi utk menghadiri kursus sebelum diberi tugasan. Kursus terdekat 20/02/2011 di kuala Lumpur, sila daftar onlline di www.mengaji.my pergi kebahagian jawatan kosong-masukkan maklumat dlm ruangan kosong dan maklumat penting berikut:



nama wakil : nor izan

kodwakil : 626323



Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB Bank;

Nama akaun: Nihasmi Global Management

No akaun: 0217 0003 158 051




AHLI NGM

■ANDA JADI KETUA
■MODAL SEKALI SAHAJA RM350 (BALIK MODAL JIKA HANYA MENGAJAR 2 TEMPAT )
■ANDA BOLEH MENYUSUN JADUAL KERJA ANDA DI DAERAH ANDA DAN BOLEH TENTUKAN CUTI ANDA
■BOLEH KERJA SEPENUH MASA/SAMBILAN
■HANYA PERLU MAHIR 1 SUBJEK (AL-QURAN DAN TAJWID AMAT DIPERLUKAN )
■ANDA AKAN DITEMUDUGA JIKA TIADA SEBARANG KELAYAKAN
■ANDA AKAN DILANTIK MENJADI PENGURUS SEKIRANYA LAYAK.
■ANDA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN SEBAGAI AHLI DAN BERTUGAS SELEPAS TAMAT PENGAJIAN @ BILA ANDA BERSEDIA
■TIDAK PERLU CARI PELANGGAN
■ANDA MENGAJAR DIBAYAR 90% DARI SETIAP TEMPAT
■DIBAYAR 55% UTK SETIAP PEKERJA KAMI DIBAWAH PEMANTAUAN ANDA SEKIRANYA MENJADI PENGURUS
■PENDAPATAN PALING RENDAH DGN HANYA MENGAJAR 3@4 JAM 1 HARI RM3000 LEBIH SEBULAN
■DICAPAI PADA BULAN PERTAMA ATAU KEDUA JIKA ANDA BEKERJA SEPENUH MASA
■AHLI YG DAFTAR DAHULU AKAN BERTUGAS DAHULU MENGIKUT SUSUNAN DALAM NETWORK
■TAWARAN INI DIHADKAN.HANYA UTK YG TERAWAL

Catat Ulasan